Monday, August 5, 2013

Raya Break!!





Cuti raya sudah bermula… Selamat Hari Raya kepada semua warga SK Bandar Baharu, SMK Serdang, Kedah (kalau still yang kenal lagi), SMK Seri Perak, Parit Buntar, Perak, dan tidak lupa warga UiTM Perak… Maaf Zahir dan Batin daripada saya yang berada di perantauan… (hahaha… orang duduk di perantauan tak la wish skema macam ni sangat, berangan je lebih aku ni)

Sebut je perantauan ni, teringat pulak kawan-kawan yang sedang beraya di Negara orang…. Haish! Kesian dekat diorang yang tak dapat nak balik beraya bersama keluarga… aku ni kira untung la duduk dalam satu negeri yang sama,  lepas tu parents aku la yang gi ambik aku dekat kampus… Bersyukurlah wey! Berbanding orang yang berebut-rebut nak beli tiket bas or train semata- mata nak balik kampung… (Padahal dalam hati teringin nak gila nak duduk jauh sikit pada rumah). Semester ni kiranya, semester akhir aku untuk aku beraya di UiTM after this beraya di rumah pulak for the time being before proceed to deg level…

Sebut je pasal balik ni… aku teringat satu situasi dalam kereta bersama mama and adik2…. Situation dia lebih kurang macam ni (just nak share la kalau korang sendiri pun pernah kena macam ni apa korang akan fikir dan apa korang buat la)

Mama: Kakngah, (that’s my nickname in my family) Mama ada calon nak tak?

Aku : *Blur seketika*

Mama: Dia ustaz, nak?

Aku: *Bertambah blur*

Mama: Baru balik dari luar negeri

Aku : *Apakah kaitan aku pulak ni* Kenapa Mama tanya Kakngah… Kaklong Mama tak tanya?

Mama: Kaklong tak sesuai dengan dia sebab orang dia kecik- kecik plus handsome… Dengan Kakngah Mama tengok sesuai…

Aku: *Lagu macam nak suruh aku kahwin cepat je ni* -Silent- Malas nak panjangkan cerita….

Hai! Inilah padahnya bila umur dah menjangkau 20 an… Kerja tanya dah berpunya ke tak lagi.. ada calon ke tak lagi…. Bila gilirannya pulak…Parah- parah...

*FYI: I’m still young and study also… 

gambar tiada kaitan.... huhu... 

1 comment:

  1. adatlah tu..hee...visit me back..http://randsomana.blogspot.com/search/label/lukisan.^_^

    ReplyDelete

komen la citer sy......