Friday, April 8, 2011

KERANA CERITA


Kala malam menjelma aku sendirian di atas katil. Minda ku berputar bak gasing yang tiada hentinya. Segala yang terjadi di luar jangkaan aku. Apakah salah aku? Kenapa aku ?. Tiba masa begini , terngiang-ngiang suara Ustazah Siti aku yang sentiasa berpesan ; jangan lah kita terlalu mengikut kata hati. Kadang kala perkara yang kita merasakan betul adalah sebenarnya salah jika diteliti mengikut akal yang Allah anugerahkan kepada kita. Benarkah ustazah ? air mataku tidak dapat di tahan lagi. Mula menitis satu persatu. Ya tuhan ! berilah aku kekuatan untuk menghadapi hari esok dengan tenang. Amin.
~

‘nak ikut mak tak , ain ?’
‘tak mahu .’
‘nak makan tak , ain ?’
‘tak nak .’
‘nak ikut mak hantar adik tak ?’
‘tak nak la !’
Sudah berhari aku berkelakuan ganjil. Aku hanya berkurung di dalam bilik. Terasa malu untuk berhadapan dengan mak dan abah. Ya allah ! bantu aku.
Tepat pukul 2 petang , aku sudah sampai di rumah. Seperti biasa , mak sedang melayan adik dan abah makan tengah hari. Aku sudah nekad dengan keputusan aku! Tapi entah mengapa lidahku kelu untuk mengeluarkan kata.
Mak memandang aku dan bertanya;
‘tak nak makan ke ain ?’
Aku masih bisu seribu bahasa. Kini abah dan adik turut merenung muka aku. Baiklah !akan aku cakap sekarang. Lakukan saja ain !
‘ain nak pindah sekolah .’ fuhh ! keluar pun ayat keramat tu. Mataku masih tepat memandang lantai yang ku pijak. Namun dapat ku rasa panahan mata ahli keluarga aku menusuk ke jiwa !
‘apa ain cakap ?’ abah menanya .
‘ain nak pindah sekolah.’ Aku  mengulang ayat yang sama. Kali ini mata ku tepat di mata abah.
‘kenapa ?ain kenapa tiba-tiba nk pindah sekolah ?ain ada masalah ke ?’ bertubi-tubi soalan abah ajukan. Intonasinya turut semakin tinggi. Tapi aku tak peduli!
‘ain nak pindah secepat mungkin. Takut tertinggal nanti. Kalau mak dan abah tak nak uruskan , ain akan suruh orang lain uruskan! Pokoknya , ain dah tak tahan dengan sekolah sekarang !!’
seiringan suara aku yang nyaring di keluarkan , rumah ku beku!aku berlari naik tangga ke bilik penjara aku dalam mahligai ni. Dengan harapan mak dan abah tak kan bunuh aku. Haha. Ain ouh ain ..

~

DUP DAP ! DUP DAP ! DUP DAP !
Ber debar-debar jantung aku berdenyut. Terasa saraf-saraf aku turut bekerja keras membekalkan oksigen pada anggota aku yang lain. Alamak ! betul ke apa yang aku buat ni ?peduli kan la ain ! semua pun dah beres. Kau teruskan saja. .
‘selamat pagi kelas ‘
‘selamat pagi cikgu. ‘ berdengung suara sekelas memjawab.
‘baiklah murid. Hari ini kita dapat kawan baru. Dia baru berpindah daripada sekolah jiran kita juga. Cikgu harap semua pun akan berikan kerjasama pada rakan baru kita ini. Mari ain !perkenalkan diri kamu’ cikgu  Faridah memandang aku. Alamak ! apa aku nak gebang ni ? aku mana pandai cakap dekat orang ramai ! muntah jugak kat depan ni .aduyai.
Berpasang-pasang mata memerhatikan langkah aku menapak masuk. Dengan berbekalkan keberanian sebesar kuman, aku mengeluarkan suara.
‘erk. Assalamualaikum. Nama saya Nur farissya ain binti rosli. Saya tinggal di taman kenari berdekatan. Semoga kedatangan saya di sambut baik oleh kalian’ fuhh ! terlepas bala aku. Tapi terasa poyo la pulak ucapan aku tadi. Arrghh lantak sudah !
‘terima kasih ain. Irfan, kemaskan meja sebelah kamu tu. Buat sementara ni , ain akan duduk di sebelah kamu memandangkan di situ saja ada kosong. Tiada masalah kan ? kamu pun bukannya budak-budak. ‘
Mataku melorot pada budak lelaki yang bernama Irfan. Tinggi. Hitam manis. Boleh tahan la tapi masam mencuka mukanya !tidak suka kah dia ?kalau tidak suka bantah lah dekat cikgu ! peduli kau la. Aku kena tahan dengan kau bukan lama. Nanti nak SPM sudah , aku menyedap  kan hati yang gundah.
~
Hari-hari yang mendatang menbuatku semakin menyesal dengan tindakan melulu aku. Kini aku sendirian di sekolah baru pada tahun terakhir digelar pelajar sekolah !
Aku banyak menghabiskan masaku sendirian daripada bergaul dengan teman-teman yang lain. Walaupun mereka semua baik-baik belaka , namun manakan sama dengan teman-teman aku yang dahulu. Betapa aku rindu pada sarah dan mimi !
Mamat yang menjadi jiran aku di dalam kelas pula , sedikit pun tidak menunjukkan sikap ramahnya. Kami bagaikan dua tunggul yang ditanam bersebelahan. Kadang-kadang aku tertanya-tanya apakah kesudahan nya ?adakah menunjukan aku yang bersalah begini ? aku malu hendak berhadapan teman di sekolah lama walaupun aku tahu aku tidak bersalah !  arrghh ! ain ! kau kena kuat. Jangan fikirkan semua tu. Belajar saja ! dapatkan yang terbaik dan buktikan kau boleh berjaya.

KRINGGGG !!!
Loceng sekolah yang menandakan tamat sekolah memeranjatkan aku. Mati terus lamunan siang aku. Bergegas aku mengemas barang-barang aku yang berselerak atas meja. Irfan terusa saja bangkit dan berlalu pergi. Heish ! teruk punya mamat. Bukan nak tolong aku.
Aku berjalan ke arah tempat letak motosikal. Harap-harap murid lain sudah beransur. Senang la aku nak keluar. Tiba-tiba .. aku terpandang kelibat yang amat aku kenali berdiri di samping skuter aku. Tapak aku terhenti. Aku menarik nafas dalam-dalam sambil berdoa pada Tuhan, kemudian meneruskan langkah.
Dani  menyapa aku ,’ hai ain. Lama tak jumpa kau.’ Aku memandang dia dari atas ke bawah. Semakin selekeh pula mamat ni. Kemeja yang terkeluar dari seluar , butang yang dibiarkan terbuka dan tali leher mengikat pinggang. Macam samseng jalanan je lagak nya !
Dengan keberanian yang senipis kulit bawang aku menjawab ‘ haa. Apa kau nak ? aku nak balik la.’
‘ala laling. Tak rindu I ke ? I rindu u tau’ Dani ketawa mengejek. Seram la pulak ! tempat letak motosikal ni dah la terlindung dari pondok pengawal sekolah. Murid pulak semua sudah balik. Apa aku nak buat ni ?? jantung aku mula berdegup laju!
‘boleh tak kau tak kacau aku dani ?tak cukup lagi ke kau dah musnahkan hidup aku ? aku terseksa kau tau ta ??’ aku menjerit pada nya. Meluahkan semua yang terbuku di hati kecil ini !
 Dani  ketawa kuat.’ala ain. Kau tahu bukan benda ni tak payah jadi sampai macam ni. Kau hanya perlu ikut cakap aku je. Aku akan mengaku pada semua orang yang aku saja buat cerita. Boleh kan sayang ? aku sayang dekat kau ain’ .tanpa sempat aku mengelak, dani  menarik aku untuk dipeluk!
‘TAK NAK LA ! LEPAS LA AKU !DANI !!’ aku menjerit sekuat hati aku dengan harapan ada yang mendengar! Dani mula menggila dengan meraba-raba tengkuk aku. Ya allah bantu lah hamba-mu ini. Aku tidak mampu hendak menolak badan Dani yang berat.
‘WOIT !! APA KAU BUAT NI JANTAN ??’
suara kuat memekik mengejutkan dani lantas melepaskan aku dan terus berlari menyelamatkan diri !aku masih trauma terhingut-hingut menangis di atas lantai simen yang kotor. Aku jijik dengan diri sendiri ! terasa ada kotoran najis atas badan-badan aku! Aku bencii !
‘ain !kau tak apa-apa ke?’ aku mendongakkan muka ke arah suara yang menjadi penyelamat aku. Irfan ! macam mana dia ada kat sini ? bukan kah dia balik awal tadi ?mindaku sempat lagi memikirkan sebab kehadirannya.
‘ain ! dia buat apa-apa dekat kau ke ?’ irfan masih tidak berpuas hati kerana aku tidak bersuara dari tadi. Muka nya jelas menunjukkan kerisauan.
Serentak tu, baru aku sedar keadaan diri aku yang kurang sopan. Kain sekolah aku sedikit tersingkap hingga ke lutut, pantas aku membetulkan. Walaupun aku tidak bertudung , aku masih menutup aurat yang lain.
Akhirnya aku bersuara ,’ouh. Okay. Aku okay. Thanks. ‘ irfan bantu aku untuk berdiri tegak. Buku – buku yang bertaburan juga dia kutip dan berikan pada aku. Muka nya penuh dengan tanda tanya tapi aku masih belum bersedia hendak berkongsi cerita. Tambahan pula dengan lelaki yang aku baru kenali sepertinya.
‘aku balik dulu.’ Aku menghidupkan enjin skuter aku. Tangan aku masih terketar-ketar membuatkan tidak imbang skuter hingga hampir jatuh ! nasib irfan di sisi sempat menahan.
‘woi kau tu masih trauma. Tak payah bawa la. Meh aku hantar kau balik. Kang accident satu masalah pulak.’ Tanpa menunggu persetujuan aku, terus ditarik beg aku dari galasan aku.
Aku balik dengan dia ? biar betul ! nanti apa pulak kata mak aku. Tapi nak bantah pun takut jugak. Muka dia garang !
Bagai anak yang membuntuti mak , aku mengekor dari belakang. Kami berjalan ke arah tempat letak kereta. Baru aku terfikir. Dia hendak hantar aku pulang naik apa?
Dengan slumber badak je , irfan keluarkan kunci kereta dan menekan butang hijau. Kereta Myvi merah berbunyi menyahut panggilan tuannya. Ouh! Anak orang kaya rupanya. Ke sekolah naik kereta.
Pintu penumpang dibuka oleh irfan untuk aku . ‘masuklah’, katanya.
Bagaikan robot , aku menurut sahaja kata-katanya. Pendingin hawa kereta dikuatkan , lalu kereta mula bergerak keluar kawasan sekolah. Aku diam seribu bahasa melayan perasaan. Terngiang-ngian kata-kata Dani dan perlakuanya terhadap aku. Tanpa aku sedari , aku menjerit meminta tolong! Muka sinis Dani berlegar-legar di mataku. Aku takut !
‘AIN ! bangun la ! kau mimpi je. Kau selamat la. Dah sampai rumah kau dah.’ Irfan menggoncang-goncang badan aku. Mataku tepat memandang irfan , kemudian beralih pada tingkap kereta. Aku dah sampai rumah? Kelibat mak di muka pintu menyejukkan hati aku ! aku terus berlari keluar kereta menuju ke arah mak. Badan mak aku peluk seerat-erat nya ! tidak mahu aku lepas. Aku menangis teresak-esak dalam pelukan mak. Terasa selamat.
‘ain kenapa ni ?ain sakit ke ?siapa yang hantar ain balik ?’ bertalu-talu pertanyaan mak. Tapi satu pun aku tak peduli. Suara irfan mula kedengaran ,
‘mak cik , saya irfan . kawan sekelas ain. Nanti saya ceritakan apa yang berlaku. Mak cik suruh la ain berehat di bilik dahulu. Dia masih trauma.’
‘trauma ??kenapa ?apa dah jadi , ain ?’ bulat mata mak memandang aku. Akhirnya bila aku masih mendiamkan diri dan terus-terusan menangis , baru mak lepaskan aku.
‘tak pe la. Ain naik atas bersihkan diri dan solat dulu. Mak nak berborak dengan irfan ni.’ Suara lembut mak bagaikan bayu lembut menyapa aku. Aku terus berlalu tanpa membantah. Sempat aku memandang irfan sekejap Cuma. Buat pertama kalinya , irfan tersenyum pada aku! Bukan senyum mengejek atau memerli , tp ikhlas. Seolah-olah berkata semuanya akan selamat..

~
‘ain ..mak nak ain berterus-terang dengan mak. Apa yang dah jadi sebenarnya?’ aku terkebil-kebil memeluk kaki di atas katil. Mak pulak lebih senang duduk di birai katil aku sambil bermain-main dengan anak patung kesayangan aku – Jumbo.
‘ain..mak tak kan boleh bantu kalau ain tak cerita.’ Sekali lagi mak memujuk aku yang masih membisu.
Setitik demi setitik air mata aku gugur ke bumi. Aku tak boleh pendam lagi. Akhirnya ibarat air di tempayan , habis aku curahkan. Aku menceritakan dari awal sebab aku minta tukar sekolah hingga petang tadi , irfan menyelamatkan aku. Kisah Dani yang sering mengganggu aku di luar waktu sekolah sejak awal tahun. Apabila aku menolak pujukanya untuk menjadi teman wanita nya , Dani sanggup memfitnah aku dengan mengatakan aku pernah melakukan maksiat dengan jantan! Aku teruk dipulaukan oleh teman-teman sekelas. Namun cikgu-cikgu tidak tahu tentang perkara ni. Dani telah mengugut aku , jika mengadu pada cikgu, dia akan kerjakan aku. Aku bingung! Kawan baik sendiri tidak percayakan diri ini. Terasa begitu kerdil. Oleh itu , aku membuat keputusan untuk berpindah sekolah. Memulakan hidup di tempat baru.
Selesai sahaja aku bercerita mak megucap tidak putus-putus. Air mata mak gugur.
‘kenapa ain tak berterus terang dengan mak? Sedangkan mak berfikiran bukan-bukan pada ain sebab berkelakuan pelik. Maafkan mak , ain. Mak patut melindungi ain. Maafkan mak.’ Syahdu aku mendengar kata-kata mak. Mata ku yang mulai kering , kembali basah!
‘ain tak berani mak. Ain takut! Ain takut diapa-apakan. Ain fikir lepas pindah, semua akan tamat. Tapi sekarang macam mana mak? Apa ain nak buat? Ain takut mak.’
Mak mengusap lembut kepala aku. Terasa damai diperlakukan begitu.
‘tak pe ain. nanti mak urus. Ain jangan bimbang okay?’
Dengan ditemani mak di sisi , aku terlelap bagaikan bayi di usap mak. Lenyap terus igauan Dani !

~

Benarlah kata orang tua-tua. Ibu adalah pelindung kepada anak-anak nya. Hari-hari yang mendatang terasa lebih tenang dan damai. Mak telah pergi ke sekolah lama aku untuk mengadu kepada pegetua tentang kelakuan Dani yang melampau. Pada awalnya aku membantah kerana khuatir diapa-apakan Dani. Tapi benar kata mak, jika tidak di lakukan , Dani akan bertambah melampau. Biar kita selesaikan secara baik. Dani digantung sekolah selama 3 minggu. Pengawal sekolah aku juga di beri peringatan untuk lebih berjaga-jaga dengan kehadiran Dani sekiranya dia kembali. Kini kemana aku pergi akan ditemani mak atau ahli keluarga aku yang lain. Pada mulanya aku rimas! Tapi bila memikirkan keselamatan aku , aku bersabar sahaja.
 ‘ain ! kau dah siap ke homework physics?’. Suara irfan mematikan lamunan aku.
Aku menoleh pada irfan yang sedang memandu. By the way, sejak insiden Dani  aku dah mula rapat dengan irfan! Dia dah tak sombong dengan aku. Haha ! kami memang semakin rapat. Kata orang, di mana ada aku , mesti ada irfan. Tapi hubungan kami sekadar kawan. Fullstop! Memandangkan aku TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI bersendirian , irfan menawarkan diri untuk menjadi driver tidak berbayar aku. Rumah kami pun hanya selang sebaris dalam taman yang sama. Jodoh! Haha.
‘Earth to ain !’ Irfan menjerit sambil tangannya melambai-lambai di hadapan muka aku.
‘ooh mak kau!’, terkejut aku di buatnya!
‘hahahahahahahaha! Tak sangka kau melatah macam mak nenek. ‘ terkekek-kekek irfan ketawakan aku.
Tula ain ! melamun lg. kan dah kena.
‘mangkuk! Mata tu tengok jalan boleh tak? Aku nak hidup lagi tau ta? Spm pun tak lepas lagi.’ Sengaja aku memulangkan paku buah keras padanya. Padan muka!
Berasap muka irfan! ‘ain! Aku tinggal kang ??!’ sempat ugut aku! Tapi risau jugak aku. Irfan ni bukan boleh percaya sangat. Di buatnya kang, tak pasal aku!
‘alala abang sayang. Intan payung. Jangan lah begini. Adinda nak ke sekolah.’aku mula memujukknya.
‘haaa! Macam tu la. Baru aku tak tinggal.’
Akhirnya dua-dua ketawa macam nak rak! Begitu lah kami. Sakat menyakat. Hehe .Aku dah tak sunyi..
~

‘eh, kau baca tak lagi notis board?’
‘dah! Terkejut aku wey. Aku ingat dia budak baik. Rupanya indah khabar dari rupa.’
‘eee! Nasib la aku bukan dia. Kalau tak, malu nya !’
‘ala beb. Pandai buat, pandai tanggung la.’
‘haha. Betul tu. Aku setuju!’
‘haa tu pun dia. Jom blah la. Jijik aku nak duduk dekat dengan betina macam tu.’

Aku berjalan melintasi sekumpulan budak perempuan, dapat menangkap perbualan mereka. Mukaku mula panas. Adakah mereka bercakap tentang aku? Ah! Kau tersilap dengar kut ain. Lupakan saja.
Tapi entah mengapa, setiap orang yang berselisih dengan aku mesti melemparkan jelingan mengejek! Aku mula tidak sedap hati. Langkah aku dipercepatkan. Aku ingin lihat sendiri di notis board yang diperkatakan.
Ya allah!
                      
PENGUMUMAN : KAWAN ANDA YANG BERNAMA NUR FARISSYA AIN BINTI ROSLI (TINGKATAN 5 SAINS)
PERNAH MELAKUKAN MAKSIAT HINGGA TERPAKSA MENGGUGURKAN ANAK!

Jantung aku seakan-akan terhenti buat seketika! Mataku mula merembes airnya. Malunya aku!! Tiba-tiba aku terasa ada yang memegang bahu aku. Aku menoleh. Cikgu Faridah memandang aku sambil berkata,
‘jom ain. Kita ke bilik pengetua. Mak kamu pun sudah sampai. Kita perlu berbincang.’




~

5 bulan berlalu sejak insiden nama aku terkenal di papan keyataan sekolah , kini aku terpaksa berdepan dengan cabaran terhebat buat remaja berumur 17 tahun. Sijil Peperiksaan Malaysia.

‘ain! Macam mana tadi? Okay?.’ Soalan wajib mak setiap kali aku pulang sejak 2 minggu yang lalu.
‘boleh la. Hidup kut. Haha. Mak! Ain dah habis paper hari ni! Tak payah stadi lagi. Hehehehe.’ Aku tersengih-sengih bak monyet. Terasa begitu bebas! Tak payah membaca, menghafal, ke sekolah, ke kelas tambahan dan ke kelas tuisyen! Wah! Seronok betul.
Mak tersenyum. ‘haa happy, happy jugak. Jangan lupa telefon Pn Norlia. Kamu dah janji nak tolong dia jaga kedai dekat mid valley nanti kan?’
‘ala mak ni. Buzz killer betul! Baru habis ni. Tak kan nak start kerja terus. Tak best la.’
‘ain. Mak dah terhutang budi dengan dia. Kamu pun sama. Boleh ya sayang?’ mak memujuk aku.
‘hmm. Yela. Nanti ain telefon. Eh, ain naik atas dulu la. Nak tukar pakaian ni.’
Di dalam bilik, aku teringat kebaikan Pn norlia. Dia merupakan kawan lama mak. Dia yang menguruskan pertukaran aku ke sekolah di kuala lumpur ni. Rumah ni pun di cari olehnya. Kami sekeluarga membuat keputusan berpindah dari perak terus ke ibu negeri Negara kita. Kami bernasib baik abah mendapat kelulusan untuk berpindah tempat kerjanya. Mak pula tiada masalah. Kerjanya mengasuh budak-budak boleh dilakukan di mana-mana. Aku sungguh bersyukur punyai keluarga yang memahami. Pada awalnya aku berassa bersalah sebab terpaksa menyusahkan semua orang tapi mak bertegas bahawa keselamatan dan keselesaan anaknya menjadi keutamaan.
Kini aku sudah mula membina hidup baru di kota metropolitan ni. Kisah dahulu aku jadikan pengajaran. Aku gerun untuk rapat dengan mana-mana lelaki! Bialah orang cakap aku sombong atau jual mahal, aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Aku benar-benar serik!


‘terima kasih puan. Datang lagi ya.’ Fuhh! Balik jugak dia ni. Punya la memilih! Penat aku melayan. Belum sempat aku menghilangkan lelah, kedengaran tapak kasut. Inilah kerja aku sejak tamat spm hari tu. Aku bekerja di butik Norlia sebagai pembantu penjual. Penat melayan kerenah mak datin mak datin yang bertandang!
‘excuse me. Ada brooch tak?.’ Terdengar suara lelaki menanyakan soalan. Aku menarik nafas dalam-dalam sambil melebarkan senyuman , menoleh ke arah lelaki tersebut.
‘mesti …….’ Suara aku tersekat di kerongkong! Terasa kaki ku terpasak dibumi dan tangan terikat di langit. Tak dapat berganjak walau sedikit pun!
‘ain?’ suaranya membuat aku kembali berpijak di alam yang nyata. Wake up ain! He’s just a customer.
Aku mengeleng-geleng kepala untuk memastikan dia adalah benardan bukan igauan semata-mata. Aku berdehem kecil sambil menegakkan badan.
‘hmm. Ada. Encik nak tengok sample ke? Kita ada macam- macam jenis pattern. Pilih sahaja. Nak yang besar ke, kecil ke, semua pun boleh.’ Aku terus berjalan laju ke arah kaunter yang menempatkan koleksi brooch.
Tapi langkah aku terhenti bila lengan aku ditarik kasar dari belakang.
‘hey! Apa ni encik? Saya panggil security karang!.’
‘it is u ain! I tak kan dapat lupa senyuman mu yang manis. Ke mana u menghilang? Sampai hati pergi tanpa cakap apa-apa. Terus ghaib!’ berpusu-pusu ayat keluar dari mulut Irfan. Aku tak dapat nak menjawab apatah lagi membantah cakapnya. Lidah aku jadi bisu.
‘ain. What happened to u?.’ lembut suara Irfan memanggil nama aku.
Akhirnya aku bersuara,’irfan, I tgh kerja ni. Nanti la kita berborak ya? Kalau bos I Nampak, kan susah.’ Aku cuba menggunakan alasan bekerja untuk melepaskan diri. Aku tak mahu mengungkit kisah lama! Biarlah dia berlalu pergi.
Irfan menggeleng.’tak. I tak kan pergi. I tahu u nak lari. So tak pe. I akan tunggu di depan kedai ni, sampai u habis kerja. I bukan nak wat pape pun hari ni.’ Irfan tersenyum. Tetap memikat macam dulu!
Heish! Mati la aku kalau betul dia terpacak macam pak gad depan kedai ni. Aduyai. Pusing!! Akhirnya, mau ta mau, terpaksa la aku mintak cuti setengah hari dari Pn Norlia.

~

Di KFC . . .
‘u apa khabar ain?’ irfan memulakan perbualan.
‘hmm. Okay. Macam ni la.’ Ringkas jawapan aku.
Irfan mengeluh. ‘ain..kenapa u lari? Jauh sungguh u merantau. U tahu tak merata I cari u? sangka I , u pindah di sekolah berdekatan sahaja. Mana I sangka sampai ke kuala lumpur u merantau. Sampai hati u ! sikit pun tak cakap dekat i. bukankah kita kawan?’
Haih. Ni yang lemah ni. Suara lirih mamat ni.
‘I malu ir. I tak sanggup berdepan dengan budak sekolah kita. Cuba bayangkan kalau u di tempat i? tak kan u sanggup nak teruskan kehidupan seolah-olah tiada apa yang berlaku.’ Kolam mata aku mula bergenang. Tak lama lagi gugur lah tu!
‘hmm. Tak pe la. Kita lupakan okay? U nak tahu taka in? lepas je u pergi, pihak sekolah siasat siapa yang tulis dekat notis board tu. Dalangnya semestinya Dani. Dani di buang sekolah. Dengar cerita , dia sekeluarga pun dah pindah. Ibubapa nya malu dengan perangai Dani.’
Terkejut aku dengan cerita irfan! Namun sempat aku mengucap lega kerana tak perlu risau lagi tengtang nama buruk aku dan keluargaku. Kebenaran sudah terbukti! Aku tak perlu takut lagi.
Aku tersenyum memandang Irfan. ‘thanks ir. Berita ni paling gembira buat aku dan keluarga. Kami tak perlu risau nama buruk lagi. Thank you so much.’
‘haa tu la u! cepat sangat nak lari. Kalau sabar kejap je, boleh kita amik spm sama-sama.’
Ciss ! boleh lagi buat lawak pokai. Kami sama-sama ketawa.
‘eh . so lepas ni boleh la korang balik perak kan?’ irfan bertanya.
‘hmm. Tak kut ir. Kami dah selesa di sini. Lagi pun abah pun dah naik pangkat. Kami stay terus kut kat KL ni.’ Perlahan aku menuturkan kata. Tak mahu irfan salah sangka.
‘ouhh. Tak pe la. Nampaknya makin kerap la i duk dekat rumah makcik i kat KL ni.’ Irfan senyum padaku.


~
Aku pergi kerana cerita ;
Aku kembali kerana berita;
Semua terjadi kerana mereka;
Kerana mereka bersatu  kita

by: apple pie.. 

0 comments:

Post a Comment

komen la citer sy......