Wednesday, February 16, 2011

Result- Nasihat-

Huargh!!! aku dengar ura- ura result SPM dah nak keluar awal bulan 3... Memang cuak habis la sapa yang ex-student SPM tahun 2010.. Mana tak nya ambil result SPM... kalau lingkup alamat kena hadiah la jawabnya.. kalau ok ALHAMDULILLAH... syukur pada Allah s.w.t...

Mama aku ada cakap jangan menyesal dikemudian hari... Tapi kalau kita dah try the best.. tapi dapat result yang memang tak boleh menggembirakan ibu bapa.. it's okay sayang.. usaha lagi.. banyak masa untuk kita perbaiki segala kesilapan kita.. jangan la pulak jadi macam orang yang tak ambil endah langsung.. Dah habis SPM macam dah habis semuanya especially lelaki laa... Fikir la nanti kalau nak kahwin nak bagi anak bini makan apa.. Takkan nak makan pasir kot.. Aku tak kata yang perempuan tak ada sifat macam tu.. ada segelintir yang sanggup habiskan SPM semata nak kerja dan tak nak sambung belajar sebab kata tak ada duit la.. nak kerja dulu laa.. Come on guys.. change your life... kesian la dekat ibu bapa korang... Penat- penat membanting tulang bagi korang belajar dekat sekolah.. Tiba- tiba korang pulak tak nak sambung belajar.. think positive ok....

Kak Long aku ada juga bagi tahu kalau kita duduk ditempat orang.. Jangan la kita shock culture.... Kes ni.. aku tak ada pengalaman pun.. Sebab aku duduk dekat bandar dan kampung.. dua- dua aku pernah rasa... Tapi yang ajaibnya ( Aku bukan nak perli or kutuk la kan.. ) budak yang dikatakan 'KAMPUNG' pulak yang shock culture terlebih bila dah masuk ke kawasan metropolitan tu.. herannya, bila tanya je.. mak kerja suri rumah, ayah petani.. Ya ampun.. aku ingat mak datin ayah dato ke tak apa la aku tak heran sangat... ada pulak orang yang memang menunjuk gila kata yang dia ni banyak duit la.. tak mahu makan sardin tiap- tiap hari la kata aku tak pernah makan benda alah tu... manja terlebih la.. sombong gila tak mahu kawan dengan orang sederhana la.. macam - macam fi'il ( bukan aku nak kutuk family miskin tapi sekadar mengingatkan )... Yang terbaliknya... bila anak ORANG KAYA pulak tak kisah makan sardin tiap- tiap hari dan tak mahu menunjuk- nunjuk.. bersederhana je... kawan je dengan semua orang.. Pelikan dunia sekarang ni... harap- harap renungkanlah bila kita duduk ditempat orang jangan la kita lupa tempat asal.. dari mana kita lahir dari mana kita dibesarkan.. itulah yang penting... hope korang fikir la baik- baik.. aku sekadar mengingat je..

0 comments:

Post a Comment

komen la citer sy......