Monday, April 19, 2010

Benarkah!!!

Aku kadang2 terfikir satu benda, aku suruh kawan aku jadi 'posmen karat'aku untuk orang yang aku minat. Tapi bila aku dapat tahu yang orang yang aku minat tu selalu berbual dengan kawan aku. Aku rasa sakit hati sebab kawan aku rapat dengan dia. Sedangkan aku yang kenal orang tu dulu. Aku yang dipinggirkan macam orang asing bagi orang tu. Sedangkan aku yang memang dah lama nak rapat dengan lelaki tu. Lelaki tu yang macam tak suka nak rapat dengan aku. Aku tahu, aku ni tak seramah kawan dia, tak secantik putri, tak sebaik perempuan muslimah. Tapi kadang2 aku ada hati, ada perasaan. DIA telampau menguji aku sehingga aku tidak sanggup untuk menahan dengan karenah dia. Beberapa hari lagi hari lahirnya, aku takkan ucap besday dia tanpa kerelaan dan keikhlasan hati aku untuk wish besday dia. Kadang aku rasa, kenapa dia seperti ingin melarikan diri daripada aku. Aku tak makan orang, aku tak segarang harimau, aku akan marah bila seseorang menguji kesabaran aku. Betul kata rakan ku, aku patut melupakan dia, dia bukan nak kenalan dengan aku, mungkin dia sudah ada seseorang yang telah bertakhta di hatinya. Itulah yang dinamakan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun aku rasa diri aku bodoh kerana hanyut di alam ini. Namun, aku bersyukur kerana Allah S.W.T. telah menunjukkan jalan untuk aku bersabar dengan dugaan yang telah diturunkan olehNYA. Alhamdulilah. Mungkin sekarang aku berasa sakit, mungkin esok dia akan merasai betapa peritnya dilukai oleh seseorang yang kita sayangi. Luka di kaki boleh di rawat, luka di hati siapa yang tahu. Walaupun aku sudah mengenali DIA selama 3 tahun, tapi...

0 comments:

Post a Comment

komen la citer sy......