Prince Charming
dulu... awak pernah kata,
awak sayangkan saya..
awak kata, saya segala-galanya buat awak..
awak tahu tak, masa tu saya gembira sangat! gembira!
tapi saya diam jer. sebab saya malu.
dulu, awak pernah kata,
awak takkan tinggalkan saya walau apepon
yang terjadi.
awak, awak tahu tak, macam mana perasaan saya masa tu?
saya terharu! terharu sangat-sangat.
awak lah prince charming yang saya cari selama ini.
satu hari tu, awak bawak saya jalan-jalan.
tiba-tiba, awak bawak saya ke satu tempat.
keluar jer dari kereta, awak terus bawak saya masuk
dalam banglo besar yang tersergam indah depan saya.
saya takut, kemungkinan besar awak nak buat sesuatu pada saya.
tapi, awak kata awak tak pernah berniat macam tu kat saya.
saya percaya dengan awak.
saya ikut awak masuk.
masa saya masuk tu, ada seorang makcik separuh umur sambut kite.
saya hairan. kemudian awak kata dia mak awak.
saya sekali lagi terharu wak...
rupanya awak bawak saya jumpa dengan mak awak.
itu menunjukkan awak ikhlas dengan saya.
saya terharu dan gembira awak..
terimah kasih sebab buat saya gembira...
2 bulan lepas kita jumpa mak awak, awak lamar saya.
masa tu saya terkejut sangat, wak. terkejut!
awak lamar saya depan mak ayah saya.
masa tu, kite tengah makan kat restoran. dan awak lamar saya
depan mak ayah saya.
sekali lagi, saya benar-benar terharu dan gembira bercampur dengan
terkejut..
dan saya.... terima lamaran awak tu dengan senyuman...
sebulan selepas tu, kita terus bertunang. awak tahu tak,
saya gembira sangat sebab dipertemukan dengan jejaka macam awak.
awak buat dunia saya bercahaya, indah, berbunga dan bahagia.
awakla segala-galanya buat saya...
satu hari tu, awak bawak saya keluar beli cincin kawen.
masa tu saya tak sedap hati nak keluar la, wak.
tapi, awak kata awak nak sangat pergi dengan saya hari tu.
sebab tak nak hampakan awak, saya pergi jugak ikut awak..
lepas jer beli cincin kawen, kita terus pulang. dalam perjalanan pulang,
awak cakap sesuatu yang saya sendiri tak faham, wak.
dan kata-kata awak tu buat saya nangis.
awak kata...
'awak, kalau kita tak sempat kawen nanti, awak pakai la cincin tu ea. saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan awak. bagi saya awaklah permaisuri dalam hati saya untuk selama-lamanya. dan kalau saya dah takder nanti, awak kena cari lelaki lain untuk cari pengganti saya ya? saya tak nak awak tangisi pemergian saya. awak kena janji dengan saya ya? saya sayangkan awak tau...'
saya nangis bila awak cakap macam tu kat saya. kenapa, wak?
saya de buat salah dengan awak ker? saya nak sangat tanya awak masa tu,
tapi bila nampak muka serius awak tu, saya tak jadi tanya.
dan kita terus jer membisu lepas tu.
dua hari sebelum perkahwinan kita,
saya nangis! saya sedey sangat, wak!
sedey!
awak dah pergi tinggalkan saya! awak kemalangan!
masa awak nak pergi jumpa saya, awak kemalangan sebab
dilanggar lori.
masa terima berita tu, saya terus pengsan, wak.
dunia saya yang bercahaya, indah, berbunga dan bahagia dah
jadi hitam. gelap. dah jadi derita!
awak tahu tak, saya rindukan awak sangat-sangat.
sekarang neyh, saya tahu apa maksud awak tempoh hari.
dan, saya akan tunaikan permintaan akhir awak.
saya tak pernah tanggalkan cincin perkahwinan kita awak.
tak pernah! kerana saya sayangkan awak!
saya sayang awak....
dan awak akan sentiasa menjadi prince charming dalam hati saya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
komen la citer sy......